Jejak Rasulullah S.A.W , Tangis dan Tawa Bersama ..
Kenali kami dengan lebih dekat tentang kami , perkhidmatan yang ditawarkan , aktiviti menarik bersama kami , harga pakej pakej kami , dan banyak lagi ...
Apa lagi tempat paling mulia di atas muka bumi ini jika tidak lain ianya ialah Tanah Haram ...
Lokasi dimana sejarah dan sirah Nabi dan Rasul terakhir untuk umat manusia diutus .. Mekah al Mukarramah menjadi lokasi dakwah pada fasa pertama kenabian , manakala Madinah al Munawwarah menjadi lokasi kedua Baginda SAW
Bersama Lafiy , kami akan membawa para jemaah seluruhnya untuk mengenali Baginda SAW tercinta di tanah air Baginda sendiri ,
Mutawwif yang sarat dengan ilmu sejarah dan sirah Nabawiyah
Penceritaan penuh dan lengkap pada setiap hari sepanjang keberadaan di Tanah Haram Mekah dan Madinah
Majlis bacaan buku sirah pada setiap lokasi kunjungan
Aktiviti pendakian kepada semua bagi menjejaki Jejak 1400 tahun Rasulullah SAW.
Fokus kepada penekanan cinta kepada Sang Pembawa Syariat , Muhammad bin Abdullah SAW , makhluk yang mencintai dan dicintai seluruhnya ...






Kami bermula dengan buah fikiran yang sederhana. Tidak hanya menyediakan pakej umrah biasa kepada para jemaah , kami inginkan kelainan dalam jiwa dan diri setiap para jemaah . Membuatkan setiap jemaah kami tidak hanya melihat , bahkan mereka merasai dan HIDUP didalam sejarah dan sirah Rasulullah . Melihat bangunan rumah para sahabat R.A , melihat kebun kurma miliknya para Sahabat R.A , melihat telaga yang pernah digunakan Nabi tercinta , bahkan impian setiap insan , melihat dan merasai keberadaan Rasulullah didalam jiwa ..
Tatkala kami telah melihat air mata yang mengalir di pipi para jemaah , situasi tersebut sangat memberikan "spark" dan semangat didalam hati kami untuk lebih memperkenalkan umat Rasulullah kepada Rasul mereka yang tercinta .Mungkin ini cara terbaik untuk kami dapat berbakti kepada Rasulullah SAW .. dengan usaha kecil ini ... semoga kita semua dapat bertemu Baginda di telaga Kauthar .. AMIN YA RABBAL A'LAMIN .

Menyediakan Pakej Private "Jejak Rasulullah" secara menyeluruh . Layanan , mutawwif, kenderaan , hotel , bimbingan Umrah , bimbingan Ziarah dan ianya hanya kepada kumpulan kecil anda . Jejak Rasulullah lebih selesa dengan Private . Itinerari boleh diubah suai mengikut kesesuaian dan kehendak jemaah .

Menyediakan Pakej Terbuka"Jejak Rasulullah" secara menyeluruh . Tarikh penerbangan dan itinerari akan disusun mengikut kesesuaian kumpulan besar berjumlah 30 jemaah .
MEKAH AL MUKARRAMAH

Jabal Tsur ( persembunyian hijrah )
Arafah ( Khutbah Terakhir )
Jabal Rahmah
Masjid Nimra
Masjid Mashai'r al Haram
Muzdalifah
Maqam Penyembelihan Ismail AS
Mina
Jamarat
Jabal Nur / Hira' ( wahyu pertama )
Perkuburan Maala (Makam Isteri 1)
Masjid Jin ( dakwah bangsa lain )
Masjid Shajaroh ( mukjizat Nabi )
Masjid Fatah
MEKAH AL MUKARRAMAH

This is a Paragraph Font
THOIF

Masjid Sayyidina Abdullah al Abbas
Masjid Muhammad SAW
Masjid Sayyidina Addas
Miqat Qarnu Manazel
Makan Nasi Unta / Nasi Arab
Pasar Buah ( perbelanjaan sendiri )
Kilang minyak wangi ( perbelanjaan sendiri )
Kereta Kabel (perbelanjaan sendiri)
KOTA THOIF

MADINAH AL MUNAWWARAH

Bukit Uhud ( Perang Uhud )
Perkuburan Syuhada Uhud
Masjid Fasah / Gua Uhud
Masjid Qiblatain
Masjid 7 ( Perang Khandak )
Gua Bani Haram / Gua Sajdah
Kebun Kurma
Telaga Al Ghars
Masjid Quba ( hijrah Rasulullah )
BADAR

Telaga Rauha ( persinggahan Nabi dan Sahabat )
Telaga Syifa ( mukjizat Rasulullah )
Masjid al Areesh ( lokasi khemah )
Lapangan perang Badar
Perkuburan Syuhada Badar
Jabal Malaikat ( penurunan ribuan para Malaikat )
HUDAIBIYAH

Museum Al Amoudi ( artifak sejarah masyarakat arab terdahulu )
Aktiviti menaiki unta ( perbelanjaan sendiri )
Masjid Hudaibiyah ( lokasi termeterai Perjanjian Hudaibiyah )
Telaga Syumaisi / Hudaibiyah

ZIARAH SEKITAR MASJIDIL HARAM
Rumah Kelahiran Rasulullah SAW
Tapak Rumah Rasulullah SAW
Rumah Saidina Abu Bakar
Perkuburan Syubaikah ( kesyahidan keluarga Sumayyah RA )
Rumah Saidina Al Arqam bin Al Arqam
Jabal Abu Qubais
Dar An Nadwah ( tempat mesyuarat Quraisy )
ZIARAH SEKITAR MASJID NABAWI

Rumah Saidina Abu Bakar RA
Lokasi Kesyahidan / Rumah Saidina Uthman RA
Lokasi Kesyahidan Saidina UmarRA
Rumah Saidina Abu Ayyub Al Ansari RA
Lokasi Ahlu Suffah RA
Rumah Saidina Harithah bin Al Nu'man
Masjid Al Ghomamah
Masjid Abu Bakar As Siddiq RA
Masjid Saidina Ali RA
Masjid Saidina Umar RA
Masjid Saidina Bilal bin Rabbah RA
Makam asal Ayahanda , Abdullah bin Abd Muttalib
Saqifah Bani Sai'dah
Telaga Budhoah
Telaga Saidina Anas bin Malik RA
ZIARAH TAMBAHAN

Pendakian Jabal Tsur
Pendakian Jabal Nur / Gua Hira
Pendakian Jabal Sil'
Pendakian Gua Bani Haram / Gua Sajdah
Pendakian Jabal Uhud
Masjid Ijabah
Masjid Sajdah
Thaniah Wada'
Masjid Dir'
Masjid Mustarah
Masjid Bayadhoh
Masjid Jumuah
Rumah Sayyidatina Ummu Haram
..dan banyak lagi ...
Pengurus Tertinggi LAFIY
Our team includes hospitality professionals, guest service reps, marketing experts, and property care specialists — all focused on maximizing your success. We handle everything from bookings and guest communication to cleaning, maintenance, and dynamic pricing strategies.


"Terima kasih dan setinggi tinggi penghargaan kepada LAFIY TRAVEL dan juga kepada mutawwif kami Ustaz Siddiq penyabar dan banyak membantu serta memberikan perkhidmatan terbaik , cepat sangat terasa 9hari sepanjang disini , sayu dan sedih untuk meninggalkan bumi yang penuh barokah ini ..."
Puan Azlina
Kedah , 2025 .

"..Alhamdulillah penjelasan mutawwif sesuai untuk orang pemula , mudah nak faham senang nak beramal .Pengurusan hotel pula , hotel yang saya duduk memang terbaik . Hotel besar , selesa dan bersih . Oh iya , saya ada deal dengan mutawwif untuk aktiviti luar mendaki dengan mutawwif untuk ambil ibrah .Yang kami daki ? Jabal Nur , Jabal Tsur , Bukit Sil' , dan Jabal Uhud .."
Tuan Waqiuddin
Pahang , 2025 .

"...bagi saya untuk orang nak datang sini , sedikit sebanyak kena ada persediaan .Kalau muda dan bertenaga tidak mengapalah , tapi kalau berumur , kita train untuk stamina . Pusing2 taman ke .. Mutawiif bagi saya dia minat . Minat mendaki , minat berjalan , cerita cerita sirah yang disampaikan itu menarik perhatian saya ..."
Tuan Abd Karim
Negeri Sembilan , 2025 .
Kami menyusun itinerari dan aturcara perjalanan yang lancar . Tidak membuatkan jemaah tergesa gesa dan penat sepanjang perjalanan umrah dan ziarah dilakukan .
Mutawwif akan sentiasa bersama memenuhi rohani anda dengan mendengarkan kisah kisah dan sirah pada setiap langkahan tapakan kaki .
Bakal para jemaah boleh mengemukakan hasrat mereka untuk membuang satu itinerari atau menambah suatu itinerari didalam pakej . Dan sudah pasti , harga pakej bergantung kepada itinerari dan pakej yang disusun . Jarak hotel , Speedtrain , Makanan , cenderahati , kursus umrah dan lain lain .
Mutawwif akan sentiasa bersama memenuhi rohani anda dengan mendengarkan kisah kisah dan sirah pada setiap langkahan tapakan kaki .
Sudah menjadi matlamat perjalanan kami ialah "Jejak Rasulullah , Tangis dan Tawa bersama " . Jadi sememangnya kita akan berusaha untuk menziarahi segala jejak Rasulullah SAW di Tanah Haram . Jadi , semangat dan tenaga sangat diperlukan .

M: 9 am - 5 pm
T: 9 am - 5 pm
W: 9 am - 5 pm
T: 9 am - 5 pm
F: 9 am - 5 pm
Pakej Umrah
Pengangkutan
Booking Hotel
Flight Booking
Mutawwif
© Lafiy Travel Sdn.Bhd. - All Rights Reserved.
